Rabu, 24 November 2010

PENGUKURAN ISIPADU CECAIR - UNIT PIAWAI


          Silinder di atas digunakan untuk aktiviti 2 di mana proses pengajaran dan pembelajaran murid yang berpencapaian tinggi. Dengan menggunakan unit piawai yang sebenar dalam sukatan dapat membantu murid dalam membezakan ukuran kapasiti air dengan betul dan tepat mengikut saiz dan bentuk bekas yang digunakan.

Read More..

Selasa, 23 November 2010

PENGUKURAN ISIPADU CECAIR - UNIT BUKAN PIAWAI



          Video ini memaparkan tentang penyukatan isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai ( sama dengan,  lebih, dan kurang ). Penerangan video ini menggunakan satu kotak minum berperisa dapat diisikan ke dalam 3 botol minuman yang mempunyai saiz yang sama. Ia amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tahun dua yang berpencapaian rendah dalam memahami konsep pengukuran isipadu cecair.

          Video ini sesuai digunakan sebagai set induksi kerana dapat menarik perhatian murid-murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Read More..

Jumaat, 5 November 2010

Video Isipadu Cecair Tahun 2

Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=OAotjwOKpQs

          Video  di atas menerangkan tentang pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan penyukat silinder . Ia memaparkan tayangan sebenar ukuran isipadu cecair dengan menggunakan pelbagai bentuk silinder  dan mempunyai kapasiti air adalah sama walaupun bentuk silindernya berbeza. Video ini amat sesuai untuk ditayangkan kepada murid-murid tahun dua kerana mereka ini sentiasa keliru dalam menentukan kapasiti air apabila bekas yang berbeza bentuk dan saiz.

          Video ini juga menunjukkan penggunaan ukuran dalam unit piawai yang sebenar. Secara tidak langsung, dapat membantu murid dalam mengenal unit piawai dalam sistem pengukuran isipadu cecair.
Read More..
BLOG "RAMLAH ISMAIL" © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute